BIBD rasmi mesin ATM di Bunut

BIBD rasmi mesin ATM di Bunut

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Dalam usaha untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai terutamanya pelanggan-pelanggannya, BIBD, hari ini, merasmikan Mesin ATM terbarunya di Stesen Minyak Shell Shahryza, Bunut dengan mengadakan Majlis Doa Selamat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, disini, hari ini, dengan adanya mesin ATM terbaru itu, ia menambahkan lagi jumlah mesin ATM bagi BIBD serta mempunyai liputan yang terbesar di Brunei bagi kemudahan orang ramai khususnya pelanggan BIBD.

Kenyataan menjelaskan bahawa mesin ATM terbaru itu menggantikan mesin ATM BIBD yang terletak di Pejabat Pos Bunut yang akan dihentikan operasinya bermula 10 Oktober nanti.

BIBD menyatakan lagi bahawa pada masa ini, bank berkenaan mempunyai rangkaian ATM yang terbesar dalam industri kewangan tempatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 56 buah ATM, 20 CDM dan 11 CQM.

Dengan rangkaian dan liputan yang meluas itu, BIBD menyediakan akses yang mudah kepada para pelanggannya untuk memastikan bank berkenaan terus menjadi pilihan pertama bagi keperluan perbankan Negara.

ARTIKEL YANG SAMA