BIBD sertai pameran di The Mall, Gadong

BIBD sertai pameran di The Mall, Gadong

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Bagi mempamerkan perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan berada di Pameran Pengguna Mudah-alih yang akan diadakan di Pusat Membeli-belah The Mall, Gadong bermula dari esok hingga 20 September ini.

Menurut kenyataan BIBD, orang ramai yang hadir nanti boleh membuat pendaftaran bagi perkhidmatan BIBD CE ALAF akan datang bersama dengan mendaftar bagi perkhidmatan-perkhidmatan BIBD yang lain seperti pembukaan akaun, BIBD Online, BIBD Mobile, Virtual MasterCard, bersama dengan pendaftaran-pendaftaran bagi Rumah BIBD, Pembaikan Rumah dan Pembiayaan Peribadi serta Penyatuan.

Selain daripada pengecualian yuran pada pembiayaan dan perkhidmatan BIBD yang terpilih, para pemohon juga akan layak memenangi hadiah-hadiah BIBD, bersama dengan penyertaan automatik ke dalam Kempen Barakah BIBD bagi melayakkan mereka untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda Odyssey.

Ketika pameran itu, para pelanggan BIBD juga boleh mengemas kini maklumat peribadi serta berpeluang untuk memenangi sama ada Samsung Galaxy S6 Edge, Apple iPhone 6 Plus atau Apple iPhone 6.

Pada pameran itu juga BIBD akan menyediakan beberapa demo mengenai perkhidmatan mereka seperti BIBD Mobile dan BIBD Online, eTunai dan Virtual MasterCard.

ARTIKEL YANG SAMA