BIBD sokong pemula, perniagaan kecil

BIBD sokong pemula, perniagaan kecil

KUALA BELAIT, 7 Jun – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) kelmarin menganjurkan pameran sehari bertempat di perkhidmatan Perbankan Perniagaan Tijarah BIBD yang disediakan khas untuk para pemula dan perniagaan kecil demi menyokong keperluan perniagaan mereka, aspirasi dan rancangan pengembangan perniagaan mereka.

Pameran itu diadakan di Cawangan BIBD Kuala Belait yang terletak di Jalan Sungai dan antara lain menyediakan pendaftaran bagi perkhidmatan transaksi bagi para pemula dan perniagaan kecil, pembentangan video mengenai perkhidmatan e-dagang BIBD dan penyelesaian pembayaran yang akan membolehkan mereka menjalankan perniagaan mereka dengan selesa dan penuh keyakinan.

Tutur dijalankan ialah pembentangan secara langsung mengenai manfaat Perbankan Perniagaan Tijarah BIBD.

Perbankan Perniagaan Tijarah BIBD memberi fokus ke atas kemajuan bagi para pemula tempatan dan segmen perniagaan kecil dengan menyediakan mereka Pengurus Perhubungan yang berdedikasi serta mampu membantu mereka merancang dan memantapkan perniagaan mereka, mencapai kestabilan kewangan serta merealisasikan pengembangan perniagaan mereka.

Perkhidmatan Perbankan Perniagaan Tijarah BIBD juga dilanjutkan kepada segmen perniagaan lain yang berminat dengan penyelesaian akaun dan pembayaran BIBD selain pengurusan perhubungan perniagaan yang berdedikasi.

Salah seorang pengunjung tekun mendengar penerangan dan nasihat daripada salah seorang Pengurus Perhubungan BIBD.
Salah seorang pengunjung tekun mendengar penerangan dan nasihat daripada salah seorang Pengurus Perhubungan BIBD.
Pameran tersebut berlangsung di Cawangan BIBD Kuala Belait yang terletak di Jalan Sungai.
Pameran tersebut berlangsung di Cawangan BIBD Kuala Belait yang terletak di Jalan Sungai.

Perbankan Perniagaan Tijarah BIBD bertujuan menyokong pengembangan sejumlah pemula dan usahawan untuk mengasuh mereka menjadi syarikat yang berwibawa dengan kemajuan perniagaan mapan.

Hampir 20 usahawan peniagaan kecil dan pemula dari Kuala Belait seperti Ams Hardware, Hush Cakes, Nurnaela Kitchen, Myer Services, M.Saif Infotech Enterprise dan Nur Berjaya Enterprise mengunjungi pameran itu untuk belajar lebih lanjut mengenai Perbankan Perniagaan Tijarah BIBD bersama-sama dengan manfaatnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai sebarang produk-produk BIBD, perkhidmatan lain dan promosi, sila ikuti akaun Instagram BIBD di BIBDBRUNEI; laman Facebook di www.facebook.com/bibdbrunei; merujuk kepada Pusat Hubungan BIBD melalui talian 2238181 atau mengunjungi Cawangan BIBD yang berhampiran.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi BIBD Mobile untuk mendapatkan tawaran dan promosi terkini BIBD di bawah bahagian “What’s New”.

ARTIKEL YANG SAMA