BIBD sumbang troli kepada lapangan terbang

BIBD sumbang troli kepada lapangan terbang

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Usaha untuk mempromosikan kegiatan pelancongan di Negara Brunei Darussalam bukan sahaja dilaksanakan oleh agensi kerajaan tetapi pihak swasta juga boleh memainkan peranan tersebut.

Dalam menyokong perkembangan sektor pelancongan negara, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyerahkan sumbangan berupa 100 buah troli kepada Jabatan Penerbangan Awam bagi kegunaan para penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Penyerahan sumbangan berkenaan diadakan di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini. Ketua Perhubungan Kerajaan dan Projek-projek Khas, BIBD, Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan menyerahkan troli-troli itu kepada Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Awang Mohd Nazri bin Haji Mohd Yusof.

Sumbangan troli itu bukan sahaja dihasratkan sebagai sokongan berterusan BIBD kepada sektor pelancongan yang berkembang tetapi untuk memudahkan lagi pergerakan para penumpang di lapangan terbang berkenaan.

Haji Minorhadi dan Awang Mohd Nazri serta pegawai kanan BIBD dan Jabatan Penerbangan Awam bergambar ramai pada gerbang foto itu.
Haji Minorhadi dan Awang Mohd Nazri serta pegawai kanan BIBD dan Jabatan Penerbangan Awam bergambar ramai pada gerbang foto itu.
Haji Minorhadi dan Awang Mohd Nazri memotong reben bagi merasmikan penyerahan troli sumbangan BIBD itu.
Haji Minorhadi dan Awang Mohd Nazri memotong reben bagi merasmikan penyerahan troli sumbangan BIBD itu.
Haji Minorhadi dan pegawai kanan BIBD dan Jabatan Penerbangan Awam bergambar ramai bersama troli-troli yang disumbangkan oleh BIBD.
Haji Minorhadi dan pegawai kanan BIBD dan Jabatan Penerbangan Awam bergambar ramai bersama troli-troli yang disumbangkan oleh BIBD.

Selain menyediakan troli, BIBD menyerikan dan menceriakan lagi suasana di lapangan terbang dengan menyediakan gerbang foto (photo booth) menarik supaya para pengunjung ke lapangan terbang boleh bergambar serta mempunyai latar belakang foto yang menarik.

Gerbang itu dihiasi dan mengetengahkan beberapa ikon utama Negara Brunei Darussalam di mana ia memberikan peluang kepada pengunjung atau pelancong dari dalam atau luar negeri mengambil gambar yang menarik sebagai kenangan mereka melawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei khususnya dan Brunei, amnya.

Di samping itu, bagi menambahkan kemudahan kepada penumpang-penumpang, ATM BIBD kini juga boleh menerima atau memproses kad-kad daripada institusi kewangan lain dengan menggunakan platform Visa atau Mastercard.

ARTIKEL YANG SAMA