BIBD tawar promosi menarik

BIBD tawar promosi menarik

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) juga akan menyertai Pameran Pelancongan Belait RB di Pusat Insani, Seria, dengan menawarkan pelbagai tawaran-tawaran menarik.

Menurut kenyataan BIBD, pada pameran itu, orang ramai akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan BIBD, termasuk kad-kad Visa dengan teknologi payWave yang dilancarkan baru-baru ini. Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Pembiayaan Penambahbaikan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Pendidikan yang menyediakan sokongan pembiayaan yang diperlukan terutamanya dalam persediaan bagi musim perayaan akan datang dan permulaan tahun akademik bagi universiti-universiti.

Petak BIBD juga akan menyediakan pemeriksaan kesihatan kewangan secara percuma yang akan turut membantu orang ramai memahami situasi kewangan mereka dengan lebih baik. Sebagai bonus, pelanggan BIBD yang memohon produk-produk Pembiayaan Pendidikan akan mendapat pengecualian bayaran sepanjang acara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA