BIBD terima kunjungan pelajar antarabangsa

BIBD terima kunjungan pelajar antarabangsa

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Seramai 26 pelajar dan kakitangan universiti antarabangsa dari beberapa buah negara, hari ini, telah mendengar taklimat mengenai asas perbankan Islam dan perkembangan terkini Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang disampaikan oleh kakitangan BIBD.

Rombongan berkenaan adalah dari King’s College London, United Kingdom; University of Hong Kong; Hong Kong University of Science and Technology; Waseda University, Jepun; Tokyo University of Foreign Studies, Jepun; Daejeon University, Korea; Sookmyung Women’s University, Korea; serta Xiamen University, China.

Antara pelajar dan kakitangan universiti antarabangsa yang sempat bergambar di bangunan BIBD.
Antara pelajar dan kakitangan universiti antarabangsa yang sempat bergambar di bangunan BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA