BIBD tingkatkan EEP

BIBD tingkatkan EEP

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Susulan kejayaannya memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi Program Pertukaran Pekerja (EEP) dengan Bank al Bilad, Arab Saudi, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sekali lagi menandatangani MoU bagi EEP dengan Bank Mualamat, Malaysia hari ini.

Menandatangani bagi pihak Bank Mualamat ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan BIBD pula diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mubashar Khokhar.

Terdahulu, dua orang kakitangan dari pada MoU pertama BIBD mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Arab Saudi di Brunei Darussalam, Hisham bin Abdul Wahab Zar’ah, dalam usahanya untuk memperbaiki hubungan antarabangsa. Ini merupakan kesinambungan bagi EEP yang ditandatangani dengan bank Arab Saudi awal tahun ini.

Dua orang kakitangan itu ialah Awang Wan Hefnie bin Haji Hamidon dan Awang Muhd Huzaimi bin Abbas yang dihantar ke ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Malaysia bertukar-tukar cenderahati dengan Mubashar Khokhar.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Malaysia bertukar-tukar cenderahati dengan Mubashar Khokhar.
Gambar ramai kakitangan BIBD dan Bank al Bilad yang terlibat dalam Program EEP itu bersama Duta Arab Saudi.
Gambar ramai kakitangan BIBD dan Bank al Bilad yang terlibat dalam Program EEP itu bersama Duta Arab Saudi.

Program EEP BIBD merupakan usaha bank itu mendedahkan kakitangannya dengan amalan dan pengalaman terbaik di peringkat antarabangsa, sekali gus mengeratkan hubungan BIBD dengan institusi berkelas dunia. EEP juga menjadi program pembangunan dua hala bagi kakitangan daripada institusi terkemuka untuk memudahkan dan berkongsi perkembangan peribadi dan profesional mereka.

Manakala tempoh penempatan kakitangan selama hampir empat minggu memastikan mereka mendapat amalan dan pengalaman terbaik dalam program itu.

Pada masa akan datang, BIBD juga akan berusaha mengembangkan lagi program itu dengan memeterai perjanjian dengan institusi lain dalam usahanya membangunkan pemahaman amalan antarabangsa terbaik yang boleh diguna pakai.

ARTIKEL YANG SAMA