BIBD tunai kewajipan

BIBD tunai kewajipan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) menerima lebih $3,000,000 wang zakat perniagaan dan zakat pelanggan Bank Islam Brunei Berhad (BIBD) dalam majlis penyerahan yang berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini.

Di majlis berkenaan, BIBD menyerahkan zakat perniagaannya bagi 2014 yang berjumlah $2,631,853.97 dan diteruskan dengan penyerahan zakat pelanggan-pelanggan BIBD berjumlah $510, 113.31.

Kedua-dua zakat berkenaan diserahkan oleh Timbalan Mufti Kerajaan selaku Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin dan diterima oleh Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Dipertua MUIB, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Turut hadir di majlis penyerahan berkenaan ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, Pemangku Setiausaha MUIB, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad, ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Badan Penasihat Syariah BIBD, para pegawai kanan dari Jabatan Majlis Ugama Islam dan BIBD.

Yang Dimuliakan Pehin Haji Suhaili menyerahkan zakat perniagaan BIBD kepada Yang Berhormat Pengiran Dato Dr Haji Mohammad.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Suhaili menyerahkan zakat perniagaan BIBD kepada Yang Berhormat Pengiran Dato Dr Haji Mohammad.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Suhaili dan Yang Berhormat Pengiran Dato Dr Haji Mohammad bergambar ramai di majlis berkenaan.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Suhaili dan Yang Berhormat Pengiran Dato Dr Haji Mohammad bergambar ramai di majlis berkenaan.

Majlis Ugama Islam Brunei merupakan badan Ugama Islam tertinggi di Negara Brunei Darussalam yang mempunyai bidang kuasa dalam pengurusan dan pengendalian kutipan dan agihan wang zakat iaitu berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, Pindaan 1984 iaitu menerusi bab-bab 114 hingga 121 dan juga Peraturan Zakat dan Fitrah 1969.

Wang zakat yang diterima itu akan diagihkan kepada asnaf zakat yang berhak di Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada asnaf miskin, mualaf, amil, al-gharimin dan ibnu sabil.

ARTIKEL YANG SAMA