Bicara Ulum Addin UBD

Bicara Ulum Addin UBD

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Pejabat Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini telah mengadakan acara bulanan mereka iaitu Bicara Ulum Addin di Mitsubishi Lecture Theatre, UBD, di sini.

Bicara Ulum Addin merupakan sesi penyampaian ilmu-ilmu agama yang diadakan setiap bulan semasa pembelajaran pengajian semester berjalan. Kali ini, bicara Ulum addin disampaikan dalam bentuk ceramah. Ianya terbuka kepada kesemua pensyarah, pegawai, kakitangan dan mahasiwa-mahasiswi UBD serta orang awam.

Tujuan sesi ceramah ini diadakan adalah bagi membuka minda para pelajar khususnya akan kepentingan menyebarkan dan membuat perkara-perkara yang baik serta kesannya terhadap individu itu sendiri.

Antara yang hadir pada Bicara Ulum Addin berkenaan.
Antara yang hadir pada Bicara Ulum Addin berkenaan.
Awang Mohammad Yussof ketika menyampaikan ceramah bertajuk Spread Positivity.
Awang Mohammad Yussof ketika menyampaikan ceramah bertajuk Spread Positivity.

Bicara Ulum Addin itu disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Yussof bin Haji Abdul Majid dengan tajuk ‘Spread Postivity’ atau Sebarkan Positiviti’ yang mana mengongsikan mengenai kelebihan-kelebihan menyebarkan aura positif dan lain-lain.

Lebih kurang 150 orang menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada para pegawai dan pelajar UBD.

ARTIKEL YANG SAMA