Bicarawara ‘Tarbiah Insani’

Bicarawara ‘Tarbiah Insani’

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Bahagian Rancangan Radio, Radio Televisyen Brunei mengadakan program bicarawara ‘Tarbiah Insani’ untuk penuntut Sekolah Menengah Berakas, yang berlangsung di Dewan Delima sekolah berkenaan baru-baru ini.

Program kali ini membincangkan mengenai ‘Silap Laku Remaja’ (SLR) dan perkara-perkara berhubung kait dengan penggunaan media sosial yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Penceramah jemputan bagi membincangkan isu tersebut ialah Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Agama, Awang Isham bin Ismail dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Irnawati binti Haji Mahir.

Tarbiah Insani merupakan sebuah program bicarawara di Rangkaian Nurislam yang diterbitkan sebulan sekali ini di mana ia akan bergerak ke sekolah-sekolah, mukim-mukim dan kampung-kampung, persatuan-persatuan serta jabatan-jabatan kerajaan mengikut kesesuaian tajuk yang akan dibincangkan.

Ahli-ahli yang terlibat dalam menjayakan program bicarawara ‘Tarbiah Insani’ di Sekolah Menengah Berakas.
Ahli-ahli yang terlibat dalam menjayakan program bicarawara ‘Tarbiah Insani’ di Sekolah Menengah Berakas.

Program bicarawara itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kesedaran orang ramai terhadap kebaikan dan keburukan media sosial dan dihasratkan supaya ia akan menjadi wadah pendidikan dan dakwah kepada orang ramai.

Selain itu, program tersebut juga adalah untuk memberikan perkhidmatan penyiaran dan penyebaran maklumat melalui siaran radio ke arah membina serta membentuk sikap, peribadi, pemikiran dan nilai-nilai murni yang sesuai untuk kemajuan dan kejayaan pembangunan sosioekonomi selaras dengan wawasan negara dan cita-cita kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA