Bidaan ditolak daripada pengambilalihan syarikat tenaga

Bidaan ditolak daripada pengambilalihan syarikat tenaga

SYDNEY, 15 Sept (AFP) – Oil Search yang berpangkalan di Papua New Guinea mengumumkan semalam ia telah menolak satu bidaan pengambilalihan daripada syarikat tenaga Australia Woodside Petroleum yang dianggarkan bernilai Aus$11.6 bilion dengan berkata ia “amat kurang bernilai” syarikat.

Dalam satu tindakan untuk menembusi pasaran Papua New Guinea, Woodside telah menawarkan salah satu sahamnya untuk setiap empat saham Oil Search.

“Lembaga telah menyimpulkan bahawa cadangan tersebut amat bersifat oportunis dan menilai kurang syarikat,” kata Oil Search dalam satu kenyataan kepada bursa saham Australia ASX.

Oil Search merujuk kepada sahamnya dalam projek gas asli cair PNG bernilai AS$19 bilion – pembangunan terbesar yang pernah dilksanakan di negara pulau Pasifik itu.

Syarikat berkata ia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan daripada pemulihan dalam harga minyak, yang telah berkurangan separuh dalam setahun.

Woodside pada bulan lalu melaporkan kemerosotan sebanyak 39 peratus dalam keuntungan bersih kepada AS$679 juta dalam tempoh enam bulan sehingga 30 Jun, berkata kemerosotan adalah disebabkan harga komoditi merosot.

Oil Search berkata ia mencatat keuntungan bersih berjumlah AS$227.5 juta untuk tempoh yang sama, pertambahan 49 peratus berbanding tahun sebelumnya, tatkala jumlah jualan yang lebih tinggi sebahagiannya menghapus kira harga minyak dan gas yang lebih lemah.

ARTIKEL YANG SAMA