Biden umum tubuh pangkalan data kanser AS-Australia

Biden umum tubuh pangkalan data kanser AS-Australia

SYDNEY, 17 Julai – Naib Presiden AS Joe Biden hari ini mendedahkan satu siri persetujuan antara AS dan Australia untuk membentuk sebuah pangkalan data penyelidikan antarabangsa pesakit kanser ketika beliau memulakan lawatan tiga hari ke Melbourne.

Memerangi kanser adalah matlamat peribadi Biden yang kehilangan anak lelakinya, Beau Biden dalam kanser otak tahun lalu, dengan pembukaan sebuah kemudahan perubatan bernilai Aus$1 bilion (AS$760,000) dalam lawatan pertamanya ke Australia, menjelang rundingan dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull.

“Penyelidikan kanser tidak menjadi satu kerjasama berpasukan dalam masa 25 tahun lalu,” Biden yang mengetuai inisiatif utama Rumah Putih untuk mempercepatkan penyelidikan penyakit itu, mengatakan pada pelancaran Pusat Kanser Menyeluruh Victoria.

“Namun anda melakukannya, seperti yang kami katakan di AS, sebagai satu kerjasama berpasukan,” tambahnya, mengisytiharkan bahawa dunia kini hampir berjaya dalam rawatan penyakit itu.

Biden semasa melawat pusat pangkalan data itu itu di Victoria. -AFP
Biden semasa melawat pusat pangkalan data itu itu di Victoria. -AFP

Kerjasama itu akan menyaksikan ‘satu set data antarabangsa yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini,’ mengandungi sekurang-kurangnya 8,000 orang pesakit AS dan 50,000 dari Australia tersedia untuk penyelidik kanser dan doktor menjelang 2021, katanya dalam satu kenyataan.

Lawatan Biden dibuat di tengah-tengah ketegangan di rantau itu susulan keputusan tribunal disokong PBB yang menentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan.

Naib Presiden AS itu yang memberi amaran agar Beijing mematuhi peraturan antarabangsa seperti semua orang dalam ulasannya kepada Sydney Morning Herald semalam, dijangka mengutarakan pakatan tentera Washington dengan Canberra semasa lawatannya. Lewat hari ini, beliau akan menyertai Menteri Luar Julie Bishop pada satu permainan Australian Rules di Melbourne. Beliau dijangka bertemu Turnbull pada Selasa sebelum menyampaikan ‘ucapan dasar utama’ mengenai hubungan AS-Australia pada Rabu. –AFP