Bielsa cuba jadikan Marseille sebagai tebusan

Bielsa cuba jadikan Marseille sebagai tebusan

PARIS, 10 Ogos (AFP) – Olympique Marseille (OM) keluar bersaing semalam selepas peletakan jawatan mengejut Marcelo Bielsa, yang mendakwa pengurus dari Argentina itu cuba untuk menjadikan mereka sebagai tebusan.

Kenyataan tajam kelab mendakwa: “Marseille menghasilkan sejarah yang cukup kaya untuk menolak penguasaan seorang lelaki”.

Gergasi Perancis itu menegaskan mereka tidak akan ‘ditahan menjadi tebusan oleh seorang lelaki yang meletakkan kepentingan peribadinya lebih tinggi berbanding kelab’ dalam peletakan jawatan selepas aksi pembukaan tirai Ligue 1 tewas 1-0 kepada Caen di gelanggang sendiri.

Kritikan ke atas lelaki yang dikenali sebagai ‘El Loco’ (lelaki gila) hadir kurang daripada 24 jam selepas dia meletakkan apa yang digelar kapten pasukan Steve Mandanda sebagai tamparan hebatnya.

“Saya meletak jawatan daripada jawatan saya sebagai pengurus Marseille,” pengurus berusia 60 tahun itu memberitahu sidang akhbar selepas perlawanan pembukaan musim tewas 1-0 kepada Caen.

Reaksi Bielsa sebelum OM menentang Caen di Stadium Velodrome semalam. – AFP
Reaksi Bielsa sebelum OM menentang Caen di Stadium Velodrome semalam. – AFP

Dia menyalahkan perubahan minit akhir kepada kontraknya dalam keputusan yang membawa presiden Marseille Vincen Labrune menjadi tergamam.

“Saya, seperti semua penyokong, terkejut dengan keputusan mengejut Marcelo Bielsa,” Labrune mengisytiharkan dalam kenyataan yang dikeluarkan awal semalam.

“Bagaimanapun, kami mengambil maklum keputusan ini yang meletakkan kelab di kedudukan sukar setelah memulakan musim baru dengan kekalahan di laman sendiri,” tambah Labrune.

Dia mengesahkan bahawa salah seorang pembantu Bielsa, Franck Passi, akan mengambil alih jurulatih sementara menunggu pengganti kekal.

Kelab dan pemilik, Margarita Louis-Dreyfus memastikan peminat mereka akan mengambil langkah yang perlu dalam masa beberapa hari untuk memastikan Marseille menikmati musim dengan jangkaan tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA