BIFEX2015 buka tirai

BIFEX2015 buka tirai

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Ekspo Fesyen Islam Brunei 2015 (BIFEX2015) yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini membuka tirainya, hari ini, di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas yang akan berlangsung selama tiga hari sehingga 28 Jun.

Perasmian ekspo berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengasas dan Pereka Hijab Maryam, Mia Suria berkata, BIFEX2015 merupakan ekspo fesyen pakaian Islam tempatan yang pertama dianjurkan di negara ini.

Menurutnya, matlamat BIFEX2015 adalah untuk menyebarkan kepada orang ramai, khususnya masyarakat Islam di negara ini bahawa tidak menjadi halangan untuk masyarakat Islam berfesyen dalam cara berpakaian yang menurut undang-undang Syariah kerana keanggunan dan kejelitaan juga akan menyerlah dalam cara berpakaian yang menutup aurat.

Mia Suria seterusnya berkata, wawasan BIFEX adalah untuk mempromosi kejelitaan dalam kesederhanaan kerana adalah penting kaum Muslimah untuk berpakaian dan berfesyen dalam kesederhanaan.

Datin Paduka Hajah Adina merasmikan BIFEX2015.
Datin Paduka Hajah Adina merasmikan BIFEX2015.

pg05_150627_d

Mia Suria (kanan) mengiringi Datin Paduka Hajah Adina melawat gerai jualan.
Mia Suria (kanan) mengiringi Datin Paduka Hajah Adina melawat gerai jualan.

pg05_150627_c

Beliau juga menjelaskan, ekspo berkenaan telah membuka ruang dan peluang kepada pengusaha fesyen tempatan sambil menjadi platform untuk menyerlah dan memperkenalkan kewujudan jenama itu kepada pasaran tempatan.

Sejurus selepas ucapan beliau, Datin Paduka Hajah Adina selaku tetamu kehormat telah berkesudian untuk memotong reben tanda perasmian BIFEX2015.

Beliau kemudiannya telah diiringi oleh Mia Suria untuk melawat gerai jualan dan beramah mesra dengan para pengusaha tempatan yang mengambil bahagian dalam ekspo itu.

ARTIKEL YANG SAMA