‘Big 3’ sukan golf bersaing di Terbuka AS

‘Big 3’ sukan golf bersaing di Terbuka AS

LOS ANGELES, 10 Jun – Pemain nombor satu dunia, Jason Day akan mengetuai barisan bintang muda bagi menyertai senarai juara yang dilahirkan di Oakmont apabila lapangan golf di Pittsburgh menjadi tuan rumah Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2016, minggu depan.

Gene Sarazen, Sam Snead, Ben Hogan dan Jack Nicklaus masing-masing sudah merasai nikmat bergelar juara kejohanan utama di Oakmont.

Johnny Miller merakamkan 63 bagi memenangi Terbuka AS 1973 di sana yang turut menyaksikan pemain Afrika Selatan, Ernie Els merekodkan gelaran gelaran pertamanya daripada empat kejohanan utama dimenanginya apabila memenangi aksi playoff Terbuka AS 1994.

Juara bertahan Terbuka AS, Jordan Spieth masih mengingati kembali klinik golf pemain Argentina, Angel Cabrera yang menyaksikan dia muncul juara pada edisi 2007 – kali terakhir Oakmont menganjurkan Terbuka AS, berkata lapangan itu bukan mudah untuk bermain.

“Kamu tidak akan merasai suasana yang gila, bola melantun atau itu atau ini. Individu yang berjaya mengawal sepenuhnya permainannya akan memenangi Terbuka AS,” kata Spieth.

Tiga nama besar sukan golf era kini yang akan bertarung di Terbuka AS minggu depan. – AFP
Tiga nama besar sukan golf era kini yang akan bertarung di Terbuka AS minggu depan. – AFP

Kawalan permainan adalah salah satu perkara yang mencetuskan masalah buat Day, pemain nombor dua dunia, Spieth dan ketiga dunia, Rory McIlroy sepanjang tahun ini biarpun masing-masing menerima suntikan semangat sebelum kejohanan bermula.

Day menunjukkan aksi cemerlang apabila menjuarai Players Championship pada Mei lalu dengan pemain berusia 28 tahun dari Australia itu dengan gelaran kedua berturut-turut, apabila mendahului dari pusingan awal hingga akhir di Bay Hill.

Aksi cemerlang Day berterusan sejak 10 bulan yang lalu termasuk menjuarai gelaran major pertamanya pada Kejuaraan PGA, Ogos lalu, selain Kejuaraan Barclays and BMW tahun lalu; playoff Jelajah AS dan Kejuaraan Golf Dunia Match Play.

Sementara itu, Spieth yang berada di kedudukan nombor satu dunia selepas menjuarai Masters dan Terbuka AS tahun lalu bergelut pada 2016.

Namun, pemain berusia 22 tahun dari AS memberi tekanan kepada Day dengan gelaran Jelajah AS di Colonial, Mei lalu dan McIlroy menamatkan kemarau kejuaraan selama enam bulan dengan kejayaan pada Terbuka Ireland. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA