‘Big four’ Wimbledon intai separuh akhir

‘Big four’ Wimbledon intai separuh akhir

LONDON, 8 Julai (AFP) – Novak Djokovic, Roger Federer, Andy Murray dan Styan Wawrinka boleh mengukuhkan status sebagai empat pemain besar Wimbledon dengan mara ke separuh akhir hari ini.

Juara bertahan, pilihan utama dan pemenang 2011, Djokovic akan bertemu juara Terbuka AS, Marin Cilic dengan meningkatkan pendahuluan 12-0 ke atas pemain dari Croatia itu.

Juara tujuh kali Federer menghadapi Gilles Simon dengan pemain dari Perancis itu akan beraksi dalam suku akhir Wimbledon yang penting sementara pemenang 2003, Murray yang juga pilihan ketiga, menentang pemain suku akhir Vasek Pospisil dari Kanada.

Pilihan keempat Wawrinka akan bertemu peserta separuh akhir 2007 dan pemain dari Perancis kedua yang mara fasa lapan pemain terakhir, Richard Gasquet.

Cilic, 26, tewas kepada Djokovic dalam lima set pada suku akhir 2014 biarpun dua set berbanding satu. Dia kemudian memenangi gelaran Grand Slam di Terbuka AS pada September.

Novak Djokovic ketika menentang Kevin Anderson dari Afrika Selatan. – AFP
Novak Djokovic ketika menentang Kevin Anderson dari Afrika Selatan. – AFP

“Saya mengenalinya dengan baik. Kami telah beraksi dalam banyak pertandingan di permukaan yang berbeza-beza,” kata Djokovic selepas mara ke suku akhir Wimbledon buat kali ketujuh berturut–turut dan ke-25 berturut–turut pada pertandingan utama dengan kemenangan 6-7 (6/8), 6-7 (6/9), 6-1, 6-4, 7-5 ke atas Kevin Anderson dari Afrika Selatan.

Federer, 33, berusaha untuk menjadi juara tertua Wimbledon dan memenangi gelaran kelapan. Pemain dari Switzerland itu tiada masalah dengan servisnya dalam laluan ke suku akhir Wimbledon buat kali ke-13, hanya kurang satu di belakang jimmy Connors dengan rekod 14 kali.

Dia belum melepaskan sebarang servis, menghadapi dua break point dalam 58 servis dan komited hanya kepada tiga double fault.

Kali terakhir dia melepaskan servis adalah pada set kedua dalam kemenangan pusingan pembukaannya ke atas Philipp Kohlschreiber di Halle – lebih daripada 100 servis permainan.