‘Big Shopping Win’ tunggu pemenang

‘Big Shopping Win’ tunggu pemenang

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Promosi ‘The Big Shopping Win’ Februari lalu berakhir dengan 10 nama telah dipilih secara rawak oleh pembeli dari kotak gergasi borang penyertaan di Hua Ho Kiulap, hari ini.

Promosi kerjasama Hua Ho Kad H2 dan Baiduri Bank ‘The Big Shopping Win’ menawarkan peluang cabutan bertuah kepada pemegang kad Baiduri apabila mereka menggunakan kad kredit atau debit Baiduri bersama-sama dengan kad istimewa Hua Ho H2 dari 28 Disember 2015 hingga 29 Februari 2016 di cawangan-cawangan Hua Ho di Delima, Gadong 2, Kiulap, Mulaut dan Tutong.

Setiap resit minimum $50 daripada penyertaan cawangan-cawangan berkenaan melayakkan pemegang kad mendapat satu peluang penyertaan dalam cabutan bertuah.

Sepuluh nama yang terpilih itu akan didedahkan pada cabutan terakhir yang akan berlangsung Ahad ini, yang akan menentukan siapa di antara mereka akan memandu pulang Mitsubishi Lancer 1.6 Auto dan Mitsubishi Attrage 1.2 Auto yang merupakan hadiah utama.

Manakala itu, tempat ketiga akan memenangi baucar tunai Hua Ho bernilai $1,000, diikuti dengan hadiah sagu hati berupa baucar tunai Hua Ho bernilai $500 untuk dua pemenang. Baki lima pemenang yang disenarai pendek akan menerima baucar tunai Hua Ho bernilai $300.

ARTIKEL YANG SAMA