‘Big Three’ dominasi Kejohanan BMW

‘Big Three’ dominasi Kejohanan BMW

LAKE FOREST, Ilinois, 17 Sept (Agensi) – Dengan “Big Three” Rory Mcllroy, Jordon Spieth dan Jason Day mendominasi golf di peringkat tertinggi, episod terbaru dalam pertarungan mereka bagi keulungan akan terdedah pada Kejohanan BMW minggu ini.

Pemain nombor satu dunia Mcllroy, pemain nombor dua Spieth dan pemain nombor tiga Day kesemuanya dalam kumpulan elit seramai 70 orang di Conway Farms bagi ketiga dari empat acara playoff FedExCup jelajah PGA ketika mereka hampir kepada musim penghujung masing-masing dengan kemenangan tambahan.

Day dari Australia berada pada kedudukan terbaik dalam ketiga-tiga acara menuju ke pusingan pembukaan hari ini, setelah menang tiga kali dalam lima acara terakhirnya untuk mendahului kedudukan FedExCup mengatasi Spieth, yang menduduki tempat kedua, dan Rickie Fowler dari Amerika yang menduduki tempat ketiga.

“Jelas untuk bermula dengan permulaan yang baik di sini adalah hebat,” kata pemenang Kejohanan PGA, Day, yang menjamin kedudukan lima teratas bagi perlawanan akhir Kejohanan Jelajah minggu depan tanpa mengira bagaimana situasi di Conway Farms.

“Saya akan bertahan dalam kedudukan lima teratas, dengan itu mampu untuk bertahan pada No 1 adalah baik untuk pergi ke Atlanta bagi Kejohanan Jelajah, bagi FedExCup,” tambahnya lagi, dengan merujuk kepada usahanya bagi keseluruhan penghormatan FedExCup dan bonus AS$10 juta.

(Dari kiri) Jordan Spieth, Jason Day dan Rory McIlroy.
(Dari kiri) Jordan Spieth, Jason Day dan Rory McIlroy.

“Permulaan saya baik di Barclays, bermain boleh tahan di Deutsche Bank dan saya menanti mara ke hadapan minggu ini memasuki minggu depan juga.”

Seperti Day, Jaguh Masters dan Terbuka AS, Spieth juga menjamin tempat kelima teratas dalam kedudukan FedExCup dalam menuju ke Atlanta, tidak kira bagaimana prestasinya minggu ini. Ekoran itu dia merancang untuk bermain dengan agresif di Conway Farms.

“Ini benar-benar hanyalah senario bebas,” kata pemain Amerika berusia 22 tahun yang menandingi Day dengan empat kemenangan di Jelajah PGA 2014-15.

“Setakat kiraan akhir atau FedExCup, ia tidak akan memberikan banyak perbezaan jika saya menang minggu ini atau tamat ke 70, ia membuatkan saya merasa seperti akan berhabis-habisan di sini, melakukan beberapa pukulan di bawah tekanan yang lebih berbahaya.”

Pemain nombor lima dunia, Fowler mempunyai keyakinan selepas naik kepada ke tangga ketiga dalam kedudukan FedExCup dengan kemenangan satu pukulannya sembilan hari lalu di Kejohanan Deutsche Bank, kedua dari empat acara playoff.

“Hanya bermula dengan permulaan baik esok dan tidak ada alasan mengapa saya tidak boleh dalam kedudukan untuk memenangi perlawanan golf Ahad,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA