Biggar jadi wira Wales

Biggar jadi wira Wales

LONDON, 28 Sept (AFP) – Dan Biggar memastikan Wales bangkit dengan kemenangan 28-25 ke atas tuan rumah Ragbi Piala Dunia, England kelmarin sementara Afrika Selatan kembali menemui rentak dengan kemenangan 46-6 ke atas Samoa.

Wira Wales itu dan pemain sayap Afrika Selatan JP Pietersen, masing-masing melakukan tiga try, muncul bintang dalam saingan paling menakjubkan Piala Dunia Ragbi setakat ini yang menyebabkan penyokong tidak senang duduk dengan keputusan mengejutkan dan aksi ragbi memukau.

Itali menewaskan Kanada 23-18 dalam perlawanan ketiga yang mempamerkan try terbaik dalam kejohanan ini menerusi pemain sayap Kanada, DTH van der Merwe dari kawasannya sendiri.

Aksi Biggar (kanan) ketika membuat sepakan penalti sekali gus meraih tiga mata untuk pasukan Wales ketika menentang England pada Piala Dunia Ragbi di Stadium Twickenham, barat daya London. – AFP
Aksi Biggar (kanan) ketika membuat sepakan penalti sekali gus meraih tiga mata untuk pasukan Wales ketika menentang England pada Piala Dunia Ragbi di Stadium Twickenham, barat daya London. – AFP

Biggar yang biasanya melihat tugas melakukan sepakan dilakukan Leigh Halfpenny yang kini mengalami kecederaan melangkah cemerlang untuk menyumbang 23 mata daripada tujuh penalti dan satu conversion, rekod jaringan bagi pemain Wales ketika menentang England.

Try daripada Gareth Davies melengkapkan kebangkitan Wales, namun Biggar malu apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.Pada satu ketika Wales ketinggalan 9-19 di dengan 81,000 penonton di Twickenham.

“Tiada siapa yang memberi harapan ketika kami datang ke sini. Saya malu apabila menerima anugerah pemain terbaik perlawanan. Ia sepatutnya dikongsi bersama semua,” kata Biggar, 25.