‘Bikeathon’ meriahkan Pesta Durian

‘Bikeathon’ meriahkan Pesta Durian

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 6 Sept – Hari terakhir Pesta Durian dan Buah-buahan yang diadakan di Bintudoh Greenspring Resort, Tutong hari ini, telah dimeriahkan lagi dengan acara berbasikal ‘Bikeathon’ yang disertai seramai 150 orang peserta.

Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, turut menyertai kayuhan sejauh 42 km itu, dari Bintudoh Greenspring Resort ke Tasek Merimbun dan kembali semula ke Bintudoh Greenspring Resort.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri.

Yang Berhormat Pehin Haji Yahya turut serta dalam acara itu.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya turut serta dalam acara itu.
Antara peserta yang mengikuti acara berbasikal itu.
Antara peserta yang mengikuti acara berbasikal itu.

Antara yang menarik pada acara itu adalah penampilan pelumba basikal yang dikenali ramai melalui laman sosial iaitu Durian Rider, di mana beliau juga berkesempatan mengongsikan pengalamannya dalam perlumbaan basikal dan bagaimana untuk mengekalkan kesihatan.

Di akhir perlumbaan, para peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA