BIKMM adakan Majlis Khatam Al-Quran

BIKMM adakan Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Fizah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Ahli Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Kampung Mata-Mata (BIKMM), Gadong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi jemaah lelaki yang membaca Al-Quran secara muratal setiap malam Selasa, Sabtu dan Ahad selepas sembahyang fardhu Maghrib.

Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Kampung Mata-Mata, Haji Metali bin Haji Khamis. Majlis dimulakan selepas sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, kemudian diteruskan dengan bacaan doa Khatam Al-Quran serta doa selamat yang dipimpin oleh Haji Isa bin Haji Saban.

Setelah itu, acara diteruskan lagi selepas sembahyang fardhu Isyak dengan Dikir Marhaban dan persembahan Muratal dari Kelas Muratal Kanak-Kanak yang mana mereka ini telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Bacaan Al-Quran Secara Muratal Peringkat Megara baru-baru ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah galakan kepada kanak-kanak yang mengikuti pertandingan Muratal dan cenderahati kepada peserta Khatam Al-Quran yang disampaikan oleh Penasihat Bersama Jawatankuasa Takmir BIKMM, Abang Haji Hepnie bin OKS Abang Haji Hanifah.

Antara mereka yang hadir di Majlis Khatam Al-Quran itu, kelmarin.
Antara mereka yang hadir di Majlis Khatam Al-Quran itu, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA