BIKMM anjur majlis tahlil, doa arwah sekampung

BIKMM anjur majlis tahlil, doa arwah sekampung

Oleh Fizah

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung dan takmir Balai Ibadat Kampung Mata-Mata (BIKMM), Gadong telah mengadakan Majlis Doa Arwah Sekampung di balai ibadat kampung berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Gadong ‘B’, Mejar (B) Haji Bakar bin Sapar.

Majlis yang dimulakan selepas sembahyang fardu Maghrib berjemaah itu didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Isa bin Haji Saban, dan disusuli dengan kata alu-aluan daripada Ketua Kampung Mata-Mata, Haji Metali bin Haji Khamis.

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa takmir BIKMM sesi tahun 2013-2015 dan penyampaian surat lantikan bagi tahun 2015-2017 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Antara ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung dan ahli takmir BIKMM yang hadir di majlis tersebut.
Antara ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung dan ahli takmir BIKMM yang hadir di majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA