BIKMM terima set wakaf penyempurnaan jenazah

BIKMM terima set wakaf penyempurnaan jenazah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 Mac – Bagi memudahkan penduduk Kampung Bukit menyempurnakan jenazah dengan sempurna, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir dan Jemaah Balai Ibadat Kampung Mata-Mata (BIKMM), Gadong telah menyumbangkan wakaf set kelengkapan penyempurnaan jenazah dan set keranda untuk Masjid Kampung Bukit, Tutong.

Sumbangan wakaf berkenaan diserahkan oleh Imam BIKMM, Haji Isa bin Haji Saban kepada Imam Masjid Kampung Bukit, Haji Mohd Azley, kelmarin.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan makanan dan keperluan asas kepada beberapa buah keluarga yang terpilih di kawasan Kampung Bukit, yang disampaikan oleh Ketua Kampung Mata-Mata Gadong, Awang Haji Metali bin Haji Kamis.

Sumbangan wakaf set kelengkapan jenazah dan set keranda diserahkan oleh Imam BIKMM, Haji Isa kepada imam Masjid Kampung Bukit.
Sumbangan wakaf set kelengkapan jenazah dan set keranda diserahkan oleh Imam BIKMM, Haji Isa kepada imam Masjid Kampung Bukit.

Antara objektif sumbangan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Takmir BIKMM dan Masjid Kampung Bukit di samping sebagai khidmat kepada masyarakat khususnya yang memerlukan set kelengkapan penyempurnaan jenazah dan set keranda.

Menurut salah seorang AJK Takmir BIKMM, projek sumbangan wakaf ini akan dilaratkan lagi ke tempat-tempat atau daerah lain pada masa akan datang di samping dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA