Bila akan dilaksanakan?

Bila akan dilaksanakan?

PADA tahun lepas (kira-kira enam bulan yang lalu) Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB) dalam ruangan ini telah memaklumkan bahawa semua Pusing Keliling (dalam kawasan pentadbirannya akan diberikan nama khas lengkap dengan papan tanda dan demikian jua dengan jejambat (fly over) yang juga akan diberikan nama khas bagi kesenangan orang ramai terutama dalam keadaan kecemasan.

Bagi maksud yang sama beberapa batang jalan raya yang namanya mengelirukan (seperti Jalan Stadium) akan diubah dan diberi nama baru. Nampaknya perkara ini belum lagi dilaksanakan hingga sekarang.

Dari itu, selaku mewakili orang ramai lebih-lebih lagi pemandu dan pengguna jalan raya ingin mendapatkan kepastian mengenai hal berkenaan.

Kita berharap supaya pusing keliling di seluruh negara seperti pusing keliling di Pekan Muara, Lebuh raya Muara Berakas, Lebuh raya Al-Muhtadee Billah, Lebuh raya Jerudong/Lebuh raya Al-Muhtadee Billah, Lebuh raya Tungku Jerudong, dibisaikan dengan tanaman pokok bunga termasuklah pokok simpur – bunga rasmi dan kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Pembisaian ini adalah selaras dengan hasrat kita untuk menjadikan negara ini ‘Bandar dalam Taman’. Awang Marol, BSB

ARTIKEL YANG SAMA