Bilangan dron bertambah tiga kali ganda menjelang 2020

Bilangan dron bertambah tiga kali ganda menjelang 2020

WASHINGTON, 25 Mac (AFP) – Kira-kira tujuh juta buah dron akan terbang di ruang udara AS menjelang 2020, hampir tiga kali ganda bilangan yang dijangka akan diedarkan menjelang akhir tahun ini, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) semalam.

“Sistem pesawat udara tanpa kendalian manusia itu akan menjadi sektor pertumbuhan paling dinamik dalam penerbangan,” agensi itu berkata dalam satu laporan yang meramalkan kira-kira 2.5 juta dron akan digunakan menjelang akhir tahun 2016.

Bagaimanapun, bagaimana pasaran dron awam berkembang, akan bergantung pada keselamatan masa hadapan dan langkah pengawalan atur yang dikenakan oleh kerajaan AS, menurut FAA, dengan menekankan bahawa ‘peristiwa penting yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ telah pun ditetapkan pada tahun 2015.

ARTIKEL YANG SAMA