Bilangan kanak-kanak obes meningkat di ASEAN

Bilangan kanak-kanak obes meningkat di ASEAN

PUTRAJAYA, 26 Mei – Lebih tujuh peratus kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Malaysia dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan manakala lapan peratus lagi mengalami kekurangan zat makanan akut. Perkara itu terkandung dalam Laporan Serantau mengenai Jaminaan Zat Makanan di ASEAN.

Ia juga menyatakan hampir seorang daripada setiap lima kanak-kanak di Malaysia terbantut atau terlalu rendah bagi usia mereka dan trend itu semakin meningkat di beberapa negara anggota ASEAN seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA