Bilangan kes denggi meningkat di Filipina

Bilangan kes denggi meningkat di Filipina

MANILA, 5 Okt (dpa) – Bilangan kes denggi di Filipina telah mencecah 78,800 dalam masa sembilan bulan pertama tahun ini dan mengakibatkan 233 kematian, menurut Jabatan Kesihatan hari ini.

Walaupun bilangan yang dijangkiti kira-kira 15,000 lebih dari tempoh sama tahun lepas, bilangan kematian itu rendah daripada 297 yang maut semasa 2014 dalam masa sembilan bulan pertama.

Jabatan Kesihatan akan memberi pengimbasan rawatan racun serangga ke sekolah-sekolah yang dikenal pasti sebagai risiko tinggi bagi jangkitan bawaan nyamuk, jurucakap Lyndon Lee Suy berkata dalam temu bual radio hari ini.

Jurucakap presiden, Herminio Coloma pada Ahad mengatakan meskipun bilangan meningkat dalam kes denggi di tujuh rantau, kes-kes di 10 rantau lain telah menurun.

“DOH akan terus memberi bantuan kepada hospital-hospital di kawasan ini untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam memberi perhatian perubatan segera kepada para pesakit denggi,” kata Coloma.

ARTIKEL YANG SAMA