Bilangan kookaburra di antara yang merosot

Bilangan kookaburra di antara yang merosot

SYDNEY, 15 Julai – Bilangan beberapa burung ikonik Australia – termasuk burung kookaburra yang pandai ketawa, murai dan kipasan (willie wagtail) – telah merosot di beberapa bahagian negara itu, menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, dengan kehilangan habitat, serta ancaman daripada kucing hutan dan musang.

Laporan Burung-burung Kerajaan Australia, yang disiarkan oleh Birdlife Australia, telah disusun menggunakan data daripada kajian 420,000 yang dikumpulkan oleh para sukarelawan di seluruh benua itu sejak 1998.

“Ia adalah satu kejutan yang burung biasa kita lihat setiap hari seperti burung murai dan kookaburras, semakin kurang bilangannya,” kata editor Australian Birdlife, Sean Dooley kepada AFP.

Laporan itu telah disokong oleh kerajaan dan dua buah universiti.

Menteri Alam Sekitar, Greg Hunt, yang melancarkan laporan itu di Melbourne, mengatakan kerajaannya menyasarkan 10 spesies bagi ‘tindakan utama’, termasuk empat jenis burung-burung lain.

“Saya ingin membawa semula burung-burung ini daripada kepupusan untuk kembali semula ke dunianya bagi tempoh jangka masa panjang,” kata Hunt dalam satu kenyataan.

“Saya mahu generasi masa depan dapat menikmati warnanya, pergerakannya dan lagu siulan yang membawa kepada kehidupan kita.” – AFP

Gambar fail  9 Oktober 2014 menunjukkan seekor burung murai bertenggek di pokok renek di Sydney. – AFP
Gambar fail 9 Oktober 2014 menunjukkan seekor burung murai bertenggek di pokok renek di Sydney. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA