Bilangan penganggur meningkat

Bilangan penganggur meningkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Bilangan penduduk tempatan (rakyat Brunei dan penduduk tetap) yang menganggur dalam lingkungan usia 18 hingga 59 tahun telah meningkat daripada 13,854 orang pada bulan Mei 2015 kepada 14,065 pada Jun 2015.

Berdasarkan Perangkaan Pencari Kerja Tempatan bagi Jun 2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), hari ini, daripada jumlah itu, 9,550 orang (68%) tinggal di Daerah Brunei dan Muara, 7,839 orang (56 peratus) terdiri daripada perempuan, 7,465 (53 peratus) berumur di antara 20 hingga 29 tahun, dan 8,950 orang (64 peratus) mempunyai taraf pendidikan tertinggi di peringkat menengah.

Menurut kenyataan JPKE, perangkaan ini dikeluarkan setiap bulan dengan tujuan untuk memberikan anggaran terkini bilangan berserta profil mengenai rakyat Brunei dan penduduk tetap yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan dan sedang aktif mencari pekerjaan, atau tidak menuntut di mana-mana institusi pendidikan atau diistilahkan sebagai penganggur.

Sebarang pertanyaan mengenai Perangkaan Pencari Kerja Tempatan ini bolehlah dirujuk ke JPKE dengan menghubungi talian 2230250 atau 2233344 (waktu pejabat), menghantar e-mel ke alamat info.statistics@jpke.gov.bn atau melayari laman sesawang www.depd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA