Bilangan wanita direkrut SAF berganda pada 2014

Bilangan wanita direkrut SAF berganda pada 2014

SINGAPURA, 11 Feb – Jumlah wanita yang direkrut Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 2014 bertambah seganda berbanding sepanjang tiga tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef).

Seramai 140 wanita menyertai SAF sebagai askar tetap, paling ramai sejak tahun-tahun kebelakangan. Purata dari 2010 hingga 2013 ialah 70 setiap tahun. Menurut laporan Berita Harian edisi online hari ini, terdapat kira-kira 1,500 askar wanita dalam tentera darat, laut dan udara dan SAF telah berkata ia berharap meningkatkan bilangan itu sebanyak 500 orang menjelang 2018. Akhirnya, SAF berharap dapat menggandakan jumlah tersebut.

Bagi mencapai matlamat itu, tentera darat, laut dan udara meningkatkan pengambilan wanita sejak tiga tahun lalu.

Wanita membentuk 33 peratus Angkatan Pertahanan Israel dan 15 peratus daripada tentera Amerika Syarikat, menurut laporan. Mulai tahun ini, 100 peratus kerjaya dalam tentera Amerika disediakan untuk wanita.

Kira-kira 7 peratus daripada askar tetap SAF adalah wanita.

Pasukan tentera merekrut pejuang wanita pertamanya pada 1986 dan pada 2015, Kolonel Gan Siow Huang menjadi jeneral wanita pertama dalam SAF. Beliau menjawat pangkat Brigadier Jeneral pada Julai lalu.

Seandainya tiada perubahan dalam trend demografi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk lelaki berumur 15 hingga 24 di Singapura dijangka berkurangan sekitar 35 peratus antara 2015 dan 2040.

Jika pengurangan itu berterusan, dalam tempoh 50 tahun, kohort lelaki dalam golongan umur Perkhidmatan Negara (NS) dalam tempoh tersebut boleh mengecut kepada kurang separuh jumlah kelmarin.

Trend seumpama itu telah membawa kepada gesaan agar wanita menimbangkan menyertai tenaga kerja, termasuk tentera.

ARTIKEL YANG SAMA