Bilangan warga Singapura lewat bayar hutang meningkat

Bilangan warga Singapura lewat bayar hutang meningkat

SINGAPURA, 5 Okt (AFP) – Bilangan warga Singapura yang tidak membayar hutang kad kredit, overdraf atau pinjaman peribadi dua atau lebih bulan pada Jun lalu meningkat 10 peratus kepada kepada 85,352 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jumlah itu adalah 32 peratus lebih tinggi daripada pada 2011, menurut menurut laporan Biro Kredit Singapura (CBS) yang dikeluarkan pada Isnin (5 Okt), demikian menurut laporan Berita Harian Singapura edisi online hari ini.

Jumlah hutang tanpa cagaran tertangguh itu pula meningkat kepada $288,445,498, sebanyak 7 peratus daripada setahun lalu dan 74 peratus daripada pada 2011.

Menurut laporan itu lagi, sepanjang empat tahun lalu jumlah keseluruhan hutang tanda cagaran telah bertambah, dengan baki purata hutang kad kredit dan overdraf meningkat 16 peratus kepada $7,971 dari 2011 hingga 2015.

ARTIKEL YANG SAMA