Bilic puas hati rekrut pemain baru

Bilic puas hati rekrut pemain baru

LONDON, 4 Sept (AFP) – Pengurus West Ham United Slaven Bilic gembira dengan perjanjian yang berjaya dimeterai Hammers sepanjang tempoh perpindahan pemain dan pengendali Croatia itu akan menerima empat muka baru di kelab kendaliannya itu.

Alex Song, Victor Moses, Nikica Jelavic dan Michail Antonio semuanya dibawa masuk Hammers ketika Matt Jarvis menjadi satu-satunya pemain yang berpindah ke Norwich City atas dasar pinjaman.

“Saya rasa kami sudah melakukan tugas dengan baik – itulah yang kami mahukan dan tarikh akhir adalah yang paling sibuk tetapi urusan pembelian pemain sudah kami laksanakan beberapa hari sebelum itu,” kata Bilic, 46.

“Kami sedar apa yang kami perlukan dan berapa pemain baru yang harus di bawa masuk. Bukan mudah untuk membawa mereka kerana masing-masing terikat dengan kontrak bersama majikan terdahulu.

Bilic gembira dengan kedatangan empat muka baru dalam skuad West Ham. – Reuters
Bilic gembira dengan kedatangan empat muka baru dalam skuad West Ham. – Reuters

“Tetapi kami tetap bersabar dan berjaya menyelesaikannya pada hari terakhir perpindahan dan kami juga mempunyai pelan tambahan jika usaha awal kami menemui kegagalan,” kata bekas pengurus Croatia itu.

Moses pemain antarabangsa Nigeria yang dipinjam dari Chelsea, mengaku tertarik dengan corak permainan kelab dan taktik yang digunakan berjaya menghasilkan kemenangan di Arsenal dan Liverpool.

“Ia bukan sekadar corak permainan mereka tetapi usaha keras kelab turut menarik minat saya untuk bersama mereka,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

ARTIKEL YANG SAMA