Bilik kebal benih tanaman terima dua deposit tahun depan

Bilik kebal benih tanaman terima dua deposit tahun depan

OSLO, 15 Dis (Reuters) – Dua konsainan baru mengandungi benih tanaman akan disimpan dalam ‘bilik kebal bencana’ tahun depan yang dibina di pergunungan Artik untuk melindungi bekalan global.

Bilik kebal itu – yang dibuka di kepulauan Svalbard antara Norway dan kutub Utara pada 2008 – direka untuk melindungi biji-biji tanaman seperti kacang, padi dan jagung daripada bencana buruk perang nuklear atau penyakit.

Ia sudah memiliki lebih 860,000 sampel, yang dikumpul daripada hampir keseluruhan semua negara. Malah walaupun tenaga elektrik tiada, bilik kebal itu akan sentiasa membeku dan tertutup selama sekurang-kurangnya 200 tahun.

“Bilik kebal itu adalah sokongan bagi sokongan,” kata Cierra Martin, seorang jurucakap wanita bagi Crop Trust, pertubuhan berpangkalan di Bonn yang menguruskan Bilik Kebal Benih Global Svalbard.

Dia mengatakan dua deposit akan dirancang untuk tahun depan, namun butiran deposit itu masih belum jelas. “Deposit itu dijangka didatangkan pada Mac dan Mei,” katanya.

Asmund Asdal, penasihat kanan dari NordGen, memegang empat sampel berlainan benih padi dari Filipina di bank gen Antarabangsa, Bilik Kebal Benih Global Svalbard (SGSV) berhampiran Longyearbyen di Spitsbergen, Norway pada 20 Oktober. Dua konsainan benih tanaman akan disimpan tahun hadapan dalam bilik kebal itu. – Reuters
Asmund Asdal, penasihat kanan dari NordGen, memegang empat sampel berlainan benih padi dari Filipina di bank gen Antarabangsa, Bilik Kebal Benih Global Svalbard (SGSV) berhampiran Longyearbyen di Spitsbergen, Norway pada 20 Oktober. Dua konsainan benih tanaman akan disimpan tahun hadapan dalam bilik kebal itu. – Reuters

Untuk melindungi benih-benih itu, bilik kebal itu jarang sekali dibuka.

Perang saudara Syria mencetuskan pengeluaran pertama benih-benih daripada bilik kebal pada September, berikutan satu permintaan dari Pusat Penyelidikan Pertanian Antarabangsa di Kawasan Kering (ICARDA). ICARDA memindahkan ibu pejabatnya ke Beirut dari Aleppo di Syria pada 2012 disebabkan konflik berkenaan.

“ICARDA telah memindahkan koleksi di Syria ke Maghribi dan Lubnan dan bilik kebal benih membantu mereka untuk menubuhkan semula koleksi mereka,” kata Martin.

Banyak daripada benih-benih ini, termasuk sampel jagung, barli dan rumput sangat sesuai dengan rantau kering, memiliki ciri-ciri tahan kemarau, yang boleh membantu tanaman membiak untuk bertahan daripada perubahan iklim dalam kawasan kering dari Australia hingga Afrika.