Bilik kecemasan ‘gelanggang pergaduhan’

Bilik kecemasan ‘gelanggang pergaduhan’

BANGKOK, 28 Jun (dpa) – Sekumpulan remaja Thailand menyerbu bilik kecemasan untuk bergaduh dengan geng pesaing mereka, menurut laporan hari ini.

Para doktor, pesakit dan staf bilik kecemasan itu berada dalam keadaan panik ketika kumpulan remaja terbabit menyerbu sebuah hospital di Trat, 300 kilometer di tenggara Bangkok.

Anggota geng tersebut cuba untuk terus bergelut dengan musuh yang sudah pun mereka hantar ke bilik kecemasan berkenaan, menurut saluran berita televisyen tempatan TNN24.

Keadaan kelam kabut itu menyebabkan kerosakan yang dianggarkan bernilai lebih 500,000 baht (kira-kira AS$15,000).

ARTIKEL YANG SAMA