Bilik pesta warga asing diserbu

Bilik pesta warga asing diserbu

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Daerah Polis Tutong, baru-baru ini, telah menjalankan serbuan ke atas sebuah bilik di kawasan Pekan Tutong yang dipercayai digunakan sebagai tempat berpesta warga asing dengan melibatkan minuman keras.

Dalam serbuan hasil daripada maklumat orang ramai itu, lebih 40 orang didapati berada di dalam bilik berkenaan di samping minuman keras.

Serbuan pada 15 Ogos itu dijalankan bersama dengan Unit Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Brunei yang telah membuat siasatan memandangkan minuman keras tersebut tidak ada permit untuk acara berkenaan dan siasatan lanjut akan dibuat oleh jabatan itu.

Pasukan Polis Diraja Brunei, dalam kenyataannya mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih atas maklumat orang ramai semasa serbuan itu.

Sebarang aktiviti yang mencurigakan bolehlah dilaporkan ke talian kecemasan 993 atau balai-balai polis yang berdekatan.

Serbuan ke atas sebuah bilik yang dipercayai tempat berpesta warga asing didapati melibatkan minuman keras.
Serbuan ke atas sebuah bilik yang dipercayai tempat berpesta warga asing didapati melibatkan minuman keras.

ARTIKEL YANG SAMA