Bilionair China beli studio Hollywood

Bilionair China beli studio Hollywood

BEIJING, 6 Jan (AFP) – Konglomerat gergasi China, Dalian Wanda (kiri), dilaporkan dalam proses untuk membeli studio perfileman Hollywood, Legendary, yang menghasilkan filem ‘Godzilla’ dan ‘Pacific Rim’.

Menurut laporan New York Times dan Financial Times, syarikat media dan hartanah dikuasai orang terkaya China, Wang Jianlin, sedang peringkat akhir perbincangan membeli studio berkenaan.

pg19_160107_a

Menurut Financial Times, studio Legendary Entertainment dianggar bernilai antara AS$3 bilion RM13.3 bilion) hingga AS$4 bilion (RM17.4 bilion).

China meraih pendapatan ‘box office’ perfileman kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.

Wang mula dikenali ramai pada 2012 apabila membeli rangkaian utama pawagam Amerika, AMC Entertainment dengan harga AS$2.6 billion (RM11.3 bilion) dan di China, Dalian Wanda memiliki lebih 200 pusat beli-belah, hotel mewah serta rangkaian pawagam terbesar.

ARTIKEL YANG SAMA