Bilionair Switzerland lahir kembar pada usia 53 tahun

Bilionair Switzerland lahir kembar pada usia 53 tahun

GENEVA, 21 Mac (AFP) – Margarita Louis-Dreyfus, seorang ahli perniagaan wanita Switzerland kelahiran Rusia yang memiliki kelab bola sepak Perancis, Olympique de Marseille, telah melahirkan anak damit kembar perempuan pada usianya ke-53, menurut jurucakap wanita hari ini.

“Ibu dan anak damit dalam keadaan selamat,” kata jurucakapnya dalam e-mel kepada AFP, mengesahkan laporan berita pada hujung minggu.

Louis-Dreyfus, yang akan menyambut hari lahirnya ke-54 Jun ini, mewarisi kumpulan Louis-Dreyfus Commodities, sebuah syarikat perniagaan komoditi dunia yang sudah berusia 160 tahun, selepas suaminya Robert Louis-Dreyfus meninggal dunia pada 2009. Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk kembar.

Ayah kepada anak damit kembar itu adalah ketua bank tengah Switzerland, Philipp Hildebrand, 52, namun meletak jawatan kerana dipercayai terlibat dalam perdagangan dalaman ke atas pasaran mata wang yang melibatkan bekas isterinya.

Sejak itu dia menjadi naib pengerusi kumpulan kewangan AS, BlackRock.