Bility dihalang tanding jawatan presiden FIFA

Bility dihalang tanding jawatan presiden FIFA

GENEVA, 1 Jan (AFP) – Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan dikemukakan Musa Hassan Bility berhubung tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak membenarkannya menjadi calon untuk jawatan presiden badan induk itu.

Bility dihalang daripada bertanding bagi menggantikan Sepp Blatter pada pemilihan yang bakal diadakan, bulan depan selepas dia gagal melepasi beberapa siri ujian integriti.

CAS dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan penolakan rayuan yang dikemukakan Bility. “Atas permintaan Bility dengan persetujuan FIFA, prosedur sudah dipercepatkan bagi mendapatkan keputusan muktamad sebelum hujung 2015,” kata CAS yang mengadakan sesi pendengaran pada 23 Disember lalu.

Blatter yang digantung 90 hari, sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden yang dipegang sejak 1998.

Rayuan Musa Hassan Bility untuk menjadi calon presiden FIFA dihalang oleh mahkamah.
Rayuan Musa Hassan Bility untuk menjadi calon presiden FIFA dihalang oleh mahkamah.

ARTIKEL YANG SAMA