Bilster Technology tawarkan harga menarik

Bilster Technology tawarkan harga menarik

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan sempena musim perayaan ini, Bilster Technology menawarkan pelbagai jenis pilihan produk komputer dan barangan IT lainnya pada pakej harga yang menarik.

Produk-produk yang ditawarkan termasuk desktop Dell, komputer riba Dell, cakera keras luaran Transcend, peralatan gaming dan produk-produk audio termasuk fon telinga dan pembesar suara.

Salah satu yang ditawarkan adalah Dell Inspiron 12 3458, komputer riba berukuran 14 inci yang dikuasakan pemproses i3 Intel dengan RAM 4GB dan cekera keras 500GB, sesuai untuk membuat kerja seharian, sama ada bagi pemprosesan kata atau melayari Internet dan memeriksa e-mel, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, ia didatangkan tersedia dengan Windows 10 terkini, sistem operasi paling stabil dan paling inovatif daripada Microsoft setakat ini dan baterinya mampu bertahan selama enam jam serta akan didatangkan bersama cekera keras luaran 500GB secara percuma.

Satu lagi adalah komputer semua dalam satu Dell Inspiron 3043 sesuai bagi mereka yang inginkan sistem media tanpa halangan di rumah dengan spesifikasi terkini.

Dikuasakan dengan pemproses Intel, RAM 4GB dan skrin besar 19.5 inci, tiada masalah untuk menayangkan filem-filem HD penuh pada peranti berkeupayaan media ini. Dell Inspiron 3043 ini didatangkan dengan mesin cetak 3 dalam 1 secara percuma.

Terakhir adalah Dell XPS 8900, desktop mewah terkini Dell yang dikuasakan dengan pemproses Intel i7, sesuai untuk pemprosesan berkuasa tinggi bagi permainan video dan pemprosesan visual; RAM 6GB, mengurangkan masa yang diperlukan di antara penggunaan aplikasi; ruang cekera keras 2TB, storan yang mencukupi untuk menyimpan seba-nyak mungkin permainan video dan media yang diperlukan; dan SSD 32GB, untuk membantu mempercepatkan masa boot-up dan membolehkan pengguna memulakan permainan video dengan lebih cepat.

Bagi produk ini, pelanggan akan mendapat mesin cetak berwarna semua dalam satu HP Deskjet 2132.

ARTIKEL YANG SAMA