Bimbang hidup dalam keadaan rumah usang

Bimbang hidup dalam keadaan rumah usang

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 Julai – Seorang warga emas di Kampung Birau, Tutong, hidup dalam kebimbangan dengan keadaan rumah usang yang menjadi tempat berteduh bersama anaknya, akan roboh bila-bila masa sahaja.

Dengan hanya mengharapkan pencen tua sebanyak $250 sebulan, Dayang Siti Jahrah binti Haji Bratno, 64, tidak mampu membaiki rumahnya yang senget itu, yang menurutnya telah berusia 32 tahun.

Menurutnya, beliau sudah pun memohon bantuan kepada pihak-pihak berkenaan seperti Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pejabat Daerah Tutong dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) bagi membantu beliau membaiki atau membina rumah.

Namun beliau masih lagi menunggu jawapan daripada mana-mana pihak sehingga kini dan beliau takut jika masih menunggu dan terus menunggu jawapan daripada pihak berkenaan, rumah yang didiami akan roboh bila-bila masa.

Pihak Media Permata yang membuat tinjauan ke rumah Dayang Siti Jahrah, dapat melihat jendela rumah berkenaan sudah ada yang pecah dan berlubang akibat tekanan rumah yang sengit sebelah.

Keadaan rumah Siti Jahrah di Kampung Birau yang nampak senget.
Keadaan rumah Siti Jahrah di Kampung Birau yang nampak senget.

Manakala itu, atap rumah yang usang ditembusi air hujan dan bila-bila masa akan terbang jika ditiup angin kencang, dan lantai yang diperbuat daripada kayu juga mula berlubang sedikit demi sedikit malah ada yang tidak selamat untuk dipijak lagi.

Lebih menyedihkan, tandas mereka yang terletak di belakang rumah dalam keadaan terbuka dengan hanya menggunakan kain sebagai pelindung.

Anak Siti Jahrah yang tinggal bersamanya, Dayang Siti Nursufinah binti Haji Mohd Yusof, 22, memberitahu, jika mereka ingin membuang air kecil atau besar, mereka terpaksa menggunakan tandas sementara yang berada di belakang rumah iaitu kira-kira 200 meter dari rumah dengan hanya menutup atap zink sahaja.

Melihat keadaan dapur mereka, dindingnya sudah terpecah yang menurut Dayang Siti Jahrah mula pecah sejak tiga tahun lalu berkemungkinan kerana tekanan rumah mereka yang sudah pun senget.

Manakala itu, bilik Dayang Siti Jahrah dan anaknya sudah tidak lagi selamat untuk didiami dan pada masa ini, mereka tidur di bilik tamu dengan tingkap yang berlubang.

Atap rumah dan keadaan bilik mereka yang tidak selamat.
Atap rumah dan keadaan bilik mereka yang tidak selamat.
Dinding dapur terpecah belah.
Dinding dapur terpecah belah.

Dayang Siti Jahrah berkata, dalam keadaan hidup seperti ini, mereka sendiri tidak mampu membiayai kos membaiki rumah, walaupun ketiga-tiga anaknya mempunyai pekerjaan sendiri namun pendapatan mereka tidaklah banyak dan seorang daripada anaknya yang sudah berkahwin terpaksa menyara anak dan isterinya, serta tinggal di rumah mertuanya.

Salah seorang anak lelakinya pula memberitahu kerana kekurangan pendapatan dan untuk menyelamatkan rumah mereka, beliau juga membuat kayu untuk menahan rumah mereka agar tidak senget dan roboh.

Oleh yang demikian, Dayang Siti Jahrah melahirkan harapan agar pihak berkenaan akan dapat membuat tindakan secepatnya dan berharap penantiannya tidak sia-sia begitu sahaja.

Dalam sedih mengenang nasib, beliau juga merasa serba salah kerana tidak berfikir untuk menabung dari awal kerana dahulu beliau bekerja sebagai pembersih dan gaji hanya dapat menampung keluarga yang kecil.

Sehubungan itu, beliau memberi nasihat agar dapat mencari pekerjaan yang halal demi menampung kehidupan berkeluarga, dan seterusnya menabung untuk masa hadapan kerana duit bila-bila masa diperlukan, bukan hanya

ARTIKEL YANG SAMA