Bimbang skandal rasuah PM Najib

Bimbang skandal rasuah PM Najib

KUALA LUMPUR, 7 Okt (AFP) – Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bersama luar biasa yang melahirkan kebimbangan dengan skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Najib Razak dan menggesa bagi penyiasatan pantas dan telus.

Kenyataan itu dikeluarkan lewat semalam sebelum persidangan diraja tahunan selama dua hari, menambah lagi tekanan ke atas Najib yang sudah pun meningkat, yang berdepan gesaan supaya menjelaskan tentang jumlah besar yang hilang di syarikat kerajaan yang beliau asaskan dan juga hampir AS$700 juta dalam pemindahan misteri ke akaun bank peribadi beliau.

Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri itu menggesa penyiasatan Malaysia yang terhenti supaya dimulai semula dan ‘tindakan tegas wajar diambil’.

“Penemuan daripada penyiasatan mesti dilaporkan secara menyeluruh dan dalam cara telus supaya rakyat akan yakin dengan keikhlasan kerajaan, yang seharus tidak sama sekali menyembunyikan fakta dan kebenaran,” agensi berita rasmi Bernama memetik kenyataan diraja.

Penyiasatan dalam negara pada dasarnya telah dihentikan sejak Ogos selepas Najib menggantikan peguam negara beliau dan yang lain, yang meneliti hal ehwal itu.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (empat kanan), Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tiga kanan), Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (kanan), berkenan berangkat ke mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-239 yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Negara, kelmarin. – Bernama
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (empat kanan), Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tiga kanan), Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (kanan), berkenan berangkat ke mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-239 yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Negara, kelmarin. – Bernama

Namun penyiasatan ke atas wang yang dikatakan mengalir di seluruh dunia dilaporkan telah dilancarkan di AS, Switzerland, Singapura dan tempat lain.

“Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan meyakinkan dikhuatiri mengakibatkan krisis keyakinan,” menurut kenyataan Raja-raja Melayu itu, dengan merujuk kepada kejatuhan nilai mata wang ringgit dan keadaan kelam kabut dalam pasaran lain yang mana skandal itu sebahagiannya dianggap sebagai puncanya.

Demokrasi parlimen, Malaysia mempunyai sistem unik yang mana Raja-raja Melayu Islam menjadi pemimpin beristiadat sembilan dari 13 negeri di negara itu, yang bergilir-gilir dilantik menjadi Agung negara setiap lima tahun.

Para Raja Melayu tidak mempunyai kuasa rasmi, jarang sekali terlibat dalam politik dan pengisytiharan mereka tidak terikat.

Tetapi kerabat diraja yang berusia berdekad-dekad diberikan penghormatan besar sebagai simbol warisan Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam dan penaung agama Islam di negara itu, dan kenyataan itu mungkin menambah tekanan ke atas Najib.

Mereka telah membuka Persidangan Raja-raja tahunan mereka pada hari ini.

Najib, 62, semakin berdepan desakan supaya meletak jawatan ekoran dakwaan jumlah besar wang dialirkan keluar dari syarikat pembangunan milik kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (IMDB) dan pendedahan pada bulan Julai tentang pemindahan wang ke akaun bank beliau.

Kerajaan beliau menggelar wang itu ‘sumbangan politik’ dari sumber Timur Tengah tetapi enggan memberi butiran. Najib dan IMDB sekeras-kerasnya menafikan salah laku.

Para penganalisis berkata Najib nampaknya tidak mungkin disingkirkan kerana beliau mengekalkan kedudukan kukuh dalam parti memerintah lama itu, yang beliau kukuhkan pada Julai lalu dengan menyingkirkan anggota-anggota kabinet beliau yang menuntut ketelusan dalam skandal itu.

ARTIKEL YANG SAMA