Bimbing anak-anak kita sehingga berjaya

Bimbing anak-anak kita sehingga berjaya

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 25 Nov – Para ibu bapa, penjaga murid serta pengajar Sekolah Suria Jaya Kindergarten (SSJK) diseru agar terus melipatgandakan usaha dalam mengasuh serta membimbing murid-murid supaya berjaya dalam pembelajaran.

Pengurus sekolah berkenaan, Awang Mohd Salleh bin Bolhassan semasa membuat seruan itu turut menekankan betapa pentingnya sumbangan para ibu bapa serta penjaga demi kelangsungan kejayaan anak-anak mereka khususnya setelah mereka menamatkan sesi persekolahan mereka di sekolah tersebut kelak.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah sesi Tahun 2015 yang berlangsung di bangunan sekolah tersebut di Kampung Puni, Jalan Ujung Jalan di sini, hari ini.

Awang Mohd Salleh memberikan ucapan pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah sesi Tahun 2015 Sekolah Suria Jaya Kindergarten Daerah Temburong.
Awang Mohd Salleh memberikan ucapan pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah sesi Tahun 2015 Sekolah Suria Jaya Kindergarten Daerah Temburong.
Para pelajar menunjukkan bakat masing-masing.
Para pelajar menunjukkan bakat masing-masing.

Sempena sambutan tersebut berbagai program telah di sajikan bagi memeriahkan sambutan iaitu persembahan tarian daripada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan SSJK.

Ia adalah sebagai menghargai para pelajar yang telah menamatkan pembelajaran mereka di peringkat Pra Sekolah di sekolah berkenaan serta sebagai dorongan motivasi kepada pelajar di sekolah tersebut disamping menjalin hubungan baik sesama pihak sekolah dan ibu bapa serta penjaga secara rasionalnya.

ARTIKEL YANG SAMA