Bimbingan BDSC pacu perniagaan

Bimbingan BDSC pacu perniagaan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Bimbingan penting dalam sebuah syarikat kerana ia akan memberikan panduan bagi membangun masa depan sesebuah syarikat tersebut.

Dua orang graduan CAMP BSDC, Dayang Siti Nor Izuana binti Ayob dan Awang Mohd Izdihar bin Sulaiman, adalah antara usahawan muda yang telah diberikan peluang dalam memulakan perniagaan dengan bimbingan/tunjuk ajar daripada BSDC dan juga Microsoft.

Ketika ditemu bual Media Permata sejurus selesai Majlis Tamat Latihan Program Mentor dan Keupayaan (CAMP) oleh Pusat Pembangunan Penyeliaan Brunei (BSDC), kelmarin, Dayang Siti Nor Izuana telah menceritakan serba sedikit pengalaman beliau belajar selaku ‘campers’.

“Ia sangat mencabar. Saya mempelajari bagaimana untuk melakukan perkara-perkara dengan cara (amalan) terbaik Microsoft, dasar korporat dan banyak mengenai teknologi yang memberikan penekanan kepada peralatan Microsoft.”

Terdahulu, Dayang Siti Nor Izuana telah menjelaskan bagaimana beliau terlibat dalam program CAMP BSDC tersebut.

Awang Mohd Izdihar (tengah) ketika menerima sijil yang disampaikan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.
Awang Mohd Izdihar (tengah) ketika menerima sijil yang disampaikan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

“Saya telah diintip untuk menyertai Program CAMP semasa saya berada di sebuah kafe. BSDC Support Manager, Yuhanna Mohiddin telah perasan saya bermain-main dengan ‘Raspberr-Pi’ dan dia segera menemu bual saya di kafe tersebut.

“Beliau mencadangkan bahawa saya perlu memohon Program CAMP BSDC di mana beliau memastikan tempat berkenaan adalah yang terbaik bagi mengasah minat dalam pembangunan.”

Dayang Siti Nor Izuana, yang juga merupakan pemilik perniagaan Titasys Technology juga menjelaskan cabaran yang beliau lalui pada permulaan pembukaan syarikatnya, yang katanya, bukan senang untuk mendapatkan projek.

“Apabila ada tender dibuka, jika saya memberikan nama syarikat saya, saya tidak mempunyai portfolio kerana syarikat saya tidak mempunyai projek sebelumnya.

“Jadi, BSDC datang dan memberikan kami projek bertaraf kebangsaan/nasional. Dengan adanya bimbingan daripada mereka, bukan sahaja menolong dalam portfolio saya, tetapi juga portfolio syarikat saya. BSDC menolong saya untuk memulakannya,” jelasnya.

Selain projek pembangunan, beliau juga ada mengadakan ceramah, mendidik kanak-kanak untuk membuat pengekodan.

Setakat ini, beliau dan rakan-rakannya di bawah syarikat mereka belum lagi mempunyai pejabat namun BSDC telah menyediakan tempat sebagai permulaan, dan segala peralatan juga telah disediakan oleh BSDC.

Bagi Awang Mohd Izdihar pula, program berkenaan telah menolong beliau dari segi pengalaman di mana beliau telah terlibat dalam projek ‘PSC recruitment’.

“Pengalaman tersebut telah menolong saya dalam berurusan dengan syarikat dan rangkaian yang saya dapat dengan perunding (consultant) Microsoft dan juga yang lain.

“Memandangkan latar belakang saya adalah lebih kepada IT seperti kemajuan ‘software’ dan saya juga mempunyai sedikit latar belakang dalam perusahaan, akan tetapi ia tidak cukup untuk benar-benar memulakan syarikat perniagaan.”

Bagi beliau, yang berumur 24 tahun dan juga pemilik Syarikat Ideas Technology, cabaran sebenar adalah untuk memasukkan perniagaan mereka dalam pasaran.

“Kami telah diberikan tunjuk ajar/bimbingan dalam bagaimana untuk mendekati perkara-perkara yang tertentu. Dari semasa ke semasa, saya menjadi lebih yakin dalam bidang perniagaan dan juga bidang teknikal,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA