BIMP-EAGA: Eksport murah bantu pertingkat ringgit

BIMP-EAGA: Eksport murah bantu pertingkat ringgit

KOTA KINABALU, 8 Okt (Bernama) – Eksport lebih murah membantu meningkatkan ringgit sekalipun kos import bertambah, demikian menurut kata Pengerusi Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA), Datuk Roselan Johar Mohamed.

Beliau berkata ini sedikit sebanyak menyumbang kepada lebihan dagangan melebihi jangkaan yang turut membawa kepada lantunan semula ringgit.

“Kita mengeksport lebih daripada mengimport dan juga memperoleh lebih banyak mata wang asing.

Ini membawa kepada pemintaan terhadap ringgit, sekali gus meningkatkannya,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Ringgit menokok 2.7 peratus semalam kepada AS$4.21, yang terbaik sejak September 2013.

Lebihan dagangan Malaysia bagi Ogos juga lebih besar pada RM10.2 bilion berbanding jangkaan.

Roselan Johar turut berkata Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menambah baik akses Malaysia ke pasaran eksport.

“Kita adalah ekonomi terbuka dan TPPA merupakan pemboleh perdagangan yang membantu membuka pasaran dan mengurangkan halangan perdagangan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA