Bina rohani mantap melalui Qiamullail

Bina rohani mantap melalui Qiamullail

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar ihsan Maktab Duli

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Buat julung-julung kalinya seramai 50 orang penuntut Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) menyertai Program Qiamullail ‘Selangkah ke Jannah’ anjuran Jabatan Pengajian Islam bertujuan membina rohani yang mantap.

Program selama dua hari diselenggarakan oleh Majlis Pelajar Islam sesi 2015/2016 serta ahli jawatankuasa kelab keagamaan dari Maktab Duli itu merupakan usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah dengan cara Qiamullail iaitu bangun untuk beribadat di sepertiga malam dengan mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan seumpamanya.

Majlis penutupan program berlangsung hari ini di Maktab Duli, Gadong dan dihadiri oleh Timbalan Pengetua Akademik Maktab Duli, Haji Juma’ata Sonadey bin Haji Mornie.

Antara pelajar Maktab Duli yang menyertai Program Qiamullail.
Antara pelajar Maktab Duli yang menyertai Program Qiamullail.
Awang Muhammad Yusof ketika menyampaikan ceramah mengenai kehebatan Qiamullail.
Awang Muhammad Yusof ketika menyampaikan ceramah mengenai kehebatan Qiamullail.

Menurut kenyataan penganjur, Qiamullail adalah satu cara yang boleh membina rohani yang mantap. Untuk melaksanakannya memang memerlukan azam yang kuat, ketabahan, kesabaran dan pengorbanan.

Program seumpama ini diharap dapat dimanfaatkan dan membantu membangun serta membimbing pelajar-pelajar untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah dan memperoleh kebaikan dalam kehidupan.

Para peserta program berkesempatan mendengar ceramah keagamaan yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yusof bin Haji Abdul Majid.

ARTIKEL YANG SAMA