Bina rumah dari bahan runtuhan

Bina rumah dari bahan runtuhan

TOKYO, 29 Dis – Selepas dua gempa bumi pada April dan Mei meragut 9,000 nyawa dan meninggalkan sebahagian besar kawasan Nepal habis musnah, mangsa yang selamat berasa bimbang sama ada mereka menggunakan semula runtuhan bata, mereka akan berakhir dengan struktur sama yang tidak stabil dari segi seismik.

Arkitek terkenal Jepun Shigeru Ban – yang membantu memberi tumpuan dunia kepada seni bina kemanusiaan dan terus mempengaruhi rakan arkitek dan pekerja bantuan bencana – memikirkan satu penyelesaian.

‘Setiap bencana adalah berlainan, maka saya perlu pergi ke sana dan mencari masalah khusus untuk diatasi,’ kata Ban, 58 tahun, yang membina tempat perlindungan kecemasan kertas di Haiti selepas gempa bumi pada 2010 dan Filipina selepas Taufan Haiyan dua tahun lalu.

Prototaip untuk projek perumahan kemanusiaan terbarunya di Nepal terdiri daripada jenambang pintu kayu standard yang bercantum dan diperkukuhkan dengan papan lapis. Jenambang pintu diisi dengan runtuhan bata, dan bumbung ditutup dengan kepingan plastik dan diatapi untuk penebatan.

Struktur yang terhasil adalah cukup kuat untuk memenuhi standard gempa bumi yang ketat di Jepun, kata beliau dalam satu temu bual di pejabatnya di Tokyo.

‘Saya berharap orang akan meniru reka bentuk saya. Jika kami menghasilkan 20, NGO lain mungkin menghasil lebih banyak lagi. Saya menggalak orang supaya meniru idea saya. Tidak ada hak cipta,’ kata Ban, mendapati beliau sentiasa berusaha mendapatkan bantuan penghuni masa depan rumahnya.

‘Jika mereka terlibat dalam pembinaan, jika struktur perlu penyelenggaraan, mereka sendiri akan tahu bagaimana melakukannya.’ – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA