Bincang cabaran dalam pengajian tinggi

Bincang cabaran dalam pengajian tinggi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail, telah menghadiri Persidangan Pengajian Tinggi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (OECD)-Singapura yang berlangsung di Resorts World Convention Centre, Resorts World Sentosa, Republik Singapura baru-baru ini.

Persidangan dua hari tersebut dihadiri oleh 500 pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli akademik dan dasar awam dari lebih 40 negara untuk membincangkan trend dan pendapat-pendapat, amalan-amalan terbaik dan cabaran-cabaran di dalam pengajian tinggi.

Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Singapura, Ong Ye Kung, dalam ucapannya pada pembukaan persidangan tersebut berkata, sistem-sistem pendidikan wujud dan mempunyai makna hanya dalam konteks dan konteks-konteks tersebut adalah dari segi sosial, ekonomi dan teknikal dan sentiasa berubah mengikut kerperluan semasa.

Dato Seri Setia Haji Yusoff bersama rombongan semasa menyertai Persidangan Pengajian Tinggi Pertub-uhan Kerjasama Ekonomi (OECD)-Singapura baru-baru ini.
Dato Seri Setia Haji Yusoff bersama rombongan semasa menyertai Persidangan Pengajian Tinggi Pertub-uhan Kerjasama Ekonomi (OECD)-Singapura baru-baru ini.

Katanya, ini mempunyai implikasi yang besar ke atas pendidikan di tahap pengajian tinggi. Maka itu, institusi-institusi pendidikan juga mesti diselaraskan dengan keperluan-keperluan industri dan dunia.

Turut serta dalam persidangan tersebut ialah Naib Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB) Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz; dan Pengarah Pengajian (Pengajian Siswazah), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Masitah binti Haji Shahrill.

ARTIKEL YANG SAMA