Bincang cabaran, peranan Interpol

Bincang cabaran, peranan Interpol

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor mengetuai delegasi seramai empat orang pegawai bagi menghadiri Perhimpunan Agung Interpol ke-84 yang berlangsung di Kigali, Rwanda, bermula esok (2 November) hingga 5 November ini.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, di sini, hari ini, antara perkara yang akan dibincangkan semasa perhimpunan itu termasuk cabaran-cabaran landskap masa depan bagi kepolisan antarabangsa dalam berhadapan dengan evolusi hukum alam yang memberi kesan bagaimana penguatkuasaan undang-undang beroperasi.

Sementara itu, isu mengenai pencegahan pengganasan akan menyentuh mengenai peranan penting Interpol dalam menyediakan perkongsian maklumat global menentang ancaman pejuang-pejuang pengganas asing bergerak.

Antara topik lain yang akan dibincangkan termasuk ancaman jenayah kepada persekitaran dalam keselamatan persekitaran, menangani ancaman jenayah untuk memapankan pembangunan ekonomi, politik dan sosial menerusi anti-rasuah, menangani jenayah kewangan dan mendapatkan kembali aset-aset yang didapati secara haram.

Delegasi yang diketuai Dato Paduka Seri Haji Bahrin akan menghadiri Perhimpunan Agung Interpol ke-84 di Kigali, Rwanda.
Delegasi yang diketuai Dato Paduka Seri Haji Bahrin akan menghadiri Perhimpunan Agung Interpol ke-84 di Kigali, Rwanda.

Di bawah topik jenayah siber, perhimpunan akan membincangkan keperluan rangka kerja baru bagi interaksi persendirian dan awam pada peringkat strategik serta operasi dalam menangani jenayah berkaitan ruang siber dan komputer.

Sementara itu, Interpol akan melihat semula struktur organisasinya untuk menghadapi keperluan negara-negara anggota 2020 dan terus menyediakan alat-alat dan perkhidmatan inovatif seperti I-Checkit bagi menubuhkan perkongsian dengan perniagaan-perniagaan persendirian dalam membantu menangani jenayah terancang.

Perhimpunan tahun ini juga akan menyaksikan pemilihan Naib Presiden untuk Amerika dan Naib Presiden Asia jawatankuasa eksekutif. Selain itu, pemilihan satu delegasi bagi Afrika, satu bagi Amerika, dua bagi Asia dan satu bagi Eropah akan turut diadakan.