Bincang isu dua hala

Bincang isu dua hala

Gambar oleh Muiz Matdani dan Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Naib Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari, di Istana Nurul Iman.

Semasa majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama Naib Presiden Republik India telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik India, serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Menyertai rombongan Tuan Yang Terutama di majlis mengadap itu ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri India, Haribhai Parathibhai; beberapa orang ahli Parlimen Republik India; dan Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma Mohammed Mallick.

Turut hadir di majlis mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

 (ATAS) Baginda Sultan semasa berkenan menerima mengadap Naib Presiden India di Istana Nurul Iman, kelmarin. (BAWAH) Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Puan Salma Ansari.
(ATAS) Baginda Sultan semasa berkenan menerima mengadap Naib Presiden India di Istana Nurul Iman, kelmarin. (BAWAH) Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Puan Salma Ansari.

pg01_160203_b

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Puan Salma Ansari, isteri Naib Presiden Republik India.

Berangkat sama di majlis mengadap tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Juga hadir Datin Hajah Sapiah binti Haji Sabtu, isteri Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua).

ARTIKEL YANG SAMA