Bincang kadar pengurangan jenayah

Bincang kadar pengurangan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Pengawasan Kejiranan bagi Mukim Lumapas, semalam, telah mengadakan perjumpaan suku tahun kedua bagi membincangkan statistik dan situasi kes jenayah bagi Januari hingga Julai 2016 dan perkembangan kampung-kampung mengenai mengurangkan kadar jenayah di kawasan mereka.

Perjumpaan yang diadakan di Bilik Gerakan Balai Polis Kampong Ayer itu telah dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Kampong Ayer, Insp. Muhammad Marzuqi Koo bin Abdullah

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Lumapas, Haji Bakar bin Mansor; Ketua Kampung Lumapas ‘A’, Haji Mohd Yassin bin Haji Hassan; Ketua Kampung Lumapas ‘B’, Haji Chuchu bin Haji Serudin; dan Ketua Kampung Lupak Luas/Tarap Bau, Haji Suhaili bin Haji Moktar.

Perjumpaan suku tahun ini lazimnya diadakan empat kali dalam setiap tahun di antara pegawai penguasa balai polis dan ketua-ketua kampung.

Anggota Pengawasan Kejiranan bagi Mukim Lumapas bergambar ramai di akhir perjumpaan itu.
Anggota Pengawasan Kejiranan bagi Mukim Lumapas bergambar ramai di akhir perjumpaan itu.

ARTIKEL YANG SAMA